Perodua Myvi 2021 facelift dilancar tahun ini, dapat transmisi D-CVT baharu?

5670

Okay ini satu berita hangat. Perodua dalam diam-diam sedang mempersiapkan model Myvi facelift yang dijangka dilancarkan hujung tahun ini.

Imej: Funtasticko

Projek ini diberi nama kod D51A. Pastinya ini suatu perkembangan yang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia memandangkan hatchback paling laris itu telah berada dalam pasaran tanpa sebarang perubahan drastik sejak ia mula dilancarkan pada 2017.

Baik, untuk Perodua Myvi facelift 2021 ini, perkara pertama yang dikatakan akan diubah ialah transmisinya. Menurut rakan kami di Funtasticko, Myvi 2021 bakal mendapat transmisi baharu D-CVT seperti digunakan pada Ativa.



Selain itu, ia akan ditawarkan dalam enam varian, seperti berikut:

  • 3 (tanpa ASA 3.0)
  • 3 (dengan ASA 3.0)
  • 5 SE (varian baharu, dengan ASA 3.0)
  • 5 AV (tanpa ASA 3.0)
  • 5 AV (dengan ASA 3.0)
  • 5 AV (versi andalan baharu, dengan ASA 3.0)

Dapat kita lihat di sini pakej keselamatan ASA 3.0 dijadikan pilihan untuk kedua-dua jenis enjin 1.3 dan 1.5. Terdapat juga lebih dari satu varian 1.5 AV berbanding sebelum ini.

Kami juga difahamkan transmisi manual yang ada pada 1.3 asas sebelum ini akan digugurkan, bermakna Myvi akan datang hanya automatik. Mungkin model Myvi manual sedia ada akan menjadi model rebutan dalam masa beberapa tahun akan datang?

Blind Spot Monitor (BSM) dan ASA 3.0 AEB yang dikemaskini, menurut sumber itu, juga akan ditawar pada Myvi. Sementara itu, varian tertinggi akan ditambah dengan Lane Keep Control (LKC).

Kelengkapan-kelengkapan keselamatan tambahan ini penting bagi membolehkan Myvi mengekalkan penarafan ASEAN NCAP 5-bintang yang diperolehinya.

Dari segi perubahan kosmetik, Myvi facelift akan tampil lebih segar dengan perubahan di muka depan dengan lampu LED dan bampar baharu. Kemungkinan juga terdapat daytime-running lights DRL buat pertama kali untuk Myvi, walaupun bukan untuk semua varian.

Stereng Perodua Ativa

Menurut sumber juga, Myvi bakal mendapat roda stereng sama seperti Ativa, serta warna merah baharu yang dikhaskan untuk varian 1.5 AV tertinggi sahaja.

Itu sahaja yang kami ketahui buat masa ini, kami akan kemaskini lagi bila mendapat lebih info nanti. Adakah anda teruja dengan kemaskini yang akan diberi pada King of Highway Malaysia ini? Kami cukup teruja!

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here