Toyota GR Yaris Morizo Selection kini lebih hardcore, untuk pasaran Jepun sahaja

1746

Toyota kini memperkenalkan GR Yaris Morizo Selection di pasaran Jepun, yang dikatakan akan menjadi sebuah jentera prestasi yang ‘berevolusi bersama pemandu’.

GR Yaris Morizo Selection

Pengeluar tersebut akan menawarkan hot hatch ini dengan kemas kini perisian khas untuk menghasilkan prestasi lebih baik melalui subsidiari langganan Kinto.



Selain itu, GR Yaris Morizo Selection hadir dengan beberapa perubahan visual dan dilengkapi dengan kemas kini prestasi secara berkala mulai 2022.

GR Yaris Morizo Selection

Menurut Toyota, penambahan perisian ini akan meningkatkan aspek ‘pemanduan, pengendalian dan pemberhentian’ pada hot hatch tersebut.

Walaupun kemas kini akan ditanggung oleh kos yuran Kinto, pemilik masih perlu pergi ke wakil penjual untuk memasangnya. 

Tambah Toyota, sistem yang disediakan akan memantau setiap input pemanduan dan bersepadu dengan jiwa pemandu kenderaan itu.

GR Yaris Morizo Selection

GR Yaris Morizo Selection diasaskan dari varian RZ yang dilengkapi dengan intercooler lebih baik, tayar Pilot Sport 4S, dan LSD.

Selain itu, ia akan ditawarkan dengan salah satu dari tiga warna (Platinum White Pearl Mica, Emotional Red II, atau Precious Black Pearl), dan menampilkan modifikasi visual yang diinspirasikan daripada ROOKIE Racing pada kemasan jahitan tempat duduk, coil spring dan penyerap hentak.

GR Yaris Morizo Selection

Logo ROOKIE Racing juga disediakan pada roda dan pusat kawalan suis pintu, selain lambang Morizo pada bahagian cermin hadapan. 

Perisian berkenaan bermula pada ¥54,340 (RM2,045) menerusi langganan Kinto setiap bulan selama tiga tahun, dan ia hanya ditawarkan untuk pengguna di pasaran Jepun sahaja.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here