Sebuah dron Boeing berjaya melakukan operasi mengisi minyak pesawat pejuang Tentera Laut Amerika Syarikat ketika berada di ruang udara negara itu.
Dron MQ-25A Stingray yang turut dikenali sebagai T1 itu berlepas dari sebuah lapangan terbang di Mascoutah, Illinois sebelum melakukan operasi mengisi minyak pesawat F/A-18 Super Hornet tersebut.
Ia menunjukkan kemampuannya dalam satu penerbangan ujian pada 4 Jun lalu, kata syarikat pembuat pesawat itu.
25 ujian penerbangan sudah disempurnakan oleh dron tersebut, dan ianya dijangka terlibat dalam satu lagi ujian di Virginia menjelang akhir tahun ini.
Pada tahun 2018, Jabatan Negara Amerika Syarikat memberikan kontrak sebanyak AS$805 juta (RM3.3 bilion) bagi membangunkan dron tersebut.
Syarikat Boeing berkata, dron tersebut dihasilkan bagi tujuan mengisi minyak jet pejuang tentera laut tersebut sekaligus membantunya terbang lebih lama.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar