Semua jentera keluaran Ferrari sudah tentu mempunyai keistimewaan tersendiri, namun jentera edisi khas dari pengeluar Itali ini mungkin lebih menarik.
Jentera yang dimaksudkan ialah Ferrari J50, yang dihasilkan berdasarkan Ferrari 488 dan hadir dengan penampilan baharu.
J50 ‘lahir’ pada tahun 2016, sempena memperingati ulang tahun 50 tahun Ferrari di Jepun. Jentera ini dihasilkan hanya dalam 19 unit dan dijual untuk pasaran Jepun sahaja.
Selain itu, setiap unit J50 juga dihasilkan secara khas mengikut spesifikasi yang diinginkan oleh pemiliknya.
J50 yang kami ceritakan ini disenaraikan untuk dijual di Rosso Scuderia, yang merupakan pengedar Ferrari di Tokyo.
Jika dilihat dari penampilan, ianya disertakan dengan rim dari Grigio Corsa dan warna Nero Daytona iaitu hitam logam pada bahagian luaran, sementara bahagian dalaman pula hadir dengan kemasan Alcantara hitam.
Ferrari J50 ini dikuasakan oleh enjin 3.9-liter V8 twin turbo sama seperti Ferrari 488, namun mampu menghasilkan sehingga 681hp, selain digabungkan dengan transmisi automatik 7-kelajuan.
Permintaan harga semasa jentera rare ini ialah pada ¥398 juta (RM14.9 juta).
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar