Enjin sesebuah kenderaan sudah tentu panas ketika ia berfungsi dan perkara ini merupakan sesuatu yang normal. Namun kepanasan enjin sesebuah kenderaan mempuyai had tertentu.
Akibat enjin terlalu panas atau overheat, komponen enjin yang terdiri dari bahan logam berkemungkinan akan mengalami kerosakan.
Jadi, terdapat tiga perkara yang perlu dilakukan sekiranya anda mendapati jarum penunjuk suhu enjin anda mula naik melebihi had normal.
Tiga perkara tersebut adalah:
- Hentikan kenderaan dan matikan enjin
Apabila suhu enjin kenderaan anda lebih panas daripada biasa, matikan penghawa dingin untuk mengurangkan kepanasannya. Kemudian, berhenti di tempat yang selamat dan matikan enjin.
Satu-satunya cara untuk mengatasi overheat enjin dalam kebanyakan situasi ialah dengan mematikannya dan membiarkan enjin sejuk dengan sendirinya.
Apabila enjin dimatikan, suhunya akan turun secara perlahan-lahan. Lakukan perkara ini supaya keselamatan anda terjamin.
2. Periksa keadaan enjin
Setelah berhenti di tempat yang selamat, sebaiknya periksa enjin kenderaan anda, dan berhati-hati ketika membuka bonet hadapan.
Sekiranya penutup radiator masih berada dalam keadaan baik, ianya tidak akan terbuka dengan sendiri, dan tidak akan mencederakan anda dengan air panas yang keluar.
Periksa jika kipas enjin masih berfungi atau tidak, dan timing belt yang mungkin menyebabkan water pump tidak berfungsi.
3. Teruskan perjalanan atau hubungi trak tunda
Sekiranya enjin kenderaan anda tidak bermasalah dan boleh dihidupkan selepas suhu menurun, teruskan perjalanan anda namun perlu berhati-hati dan membuat pemantauan pada penunjuk suhu enjin.
Jika enjin kembali panas dengan sangat cepat, ada baiknya anda menggunakan perkhidmatan trak tunda bagi mengelakkan kerosakan yang lebih teruk.
Selain itu, anda juga boleh menyiram radiator dengan air untuk membantu mengurangkan suhu. Namun, perkara ini perlu dilihat berdasarkan situasi dan keadaan, kerana sistem penyejukan pada enjin anda mungkin tidak berfungsi.
Ini kerana jika berada dalam keadaan normal, sesebuah enjin sepatutnya tidak mengalami overheat.
Sentiasa lakukan pemeriksaan pada kenderaan anda dan buat servis secara berkala bagi memastikan enjin sentiasa dalam keadaan baik.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar