Lain dari yang lain, Kim Kardashian jadikan Lamborghini Urus miliknya ‘berbulu’

2656

Melakukan ubah suai kenderaan mengikut citarasa tersendiri merupakan satu trend dalam dunia automotif, namun sesetengah selebriti kadang-kadang melakukannya sehingga sesebuah kenderaan itu kelihatan agak pelik.

Berdasarkan muat naik di laman Instagram rasmi miliknya, personaliti televisyen popular, Kim Kardashian mempamerkan sebuah Lamborghini Urus yang dibalut sepenuhnya menggunakan fabrik berbulu.



kim kardashian

Urus milik Kim Kardashian diubah suai sebegitu rupa untuk mempromosikan Skims, sebuah platform menjual pakaian yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Dia juga dilihat memakai pakaian dengan tekstur yang sama seperti Urus tersebut.

Fabrik berbulu itu bukan sahaja dibalut pada keseluruhan badan, malah ianya juga disertakan pada tempat duduk dan rim SUV tersebut.

kim kardashian

Dengan kapsyen, “Kimmy had a little Lamb-Bo,” muat naik tersebut berkemungkinan mengejutkan para pemilik Urus yang lain, kerana ianya kelihatan agak pelik dan unik.

Untuk makluman, Urus merupakan SUV pertama keluaran Lamborghini, dimana ianya dikuasakan oleh enjin V8 4.0-liter yang mampu menghasilkan sehingga 650hp dan 850Nm tork.

Dengan kemampuan memecut 0-100km/j dalam masa 3.6 saat, SUV ini menjadi pengeluaran penting dalam portfolio global Lamborghini.

Pada bulan lepas, pengeluar Itali itu telah mengumumkan bahawa mereka akan membuat pelaburan sebanyak €1.5 bilion (RM7.47 bilion) untuk beralih kepada pengeluaran kenderaan hibrid dan elektrik.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here