AirAsia bakal perkenal perkhidmatan e-hailing

1212

Perkhidmatan e-hailing akan diteroka oleh AirAsia Bhd menerusi super app miliknya, dalam usaha menuju ke arah melengkapkan ekosistem perniagaan bukan penerbangan bersepadu di Malaysia.

e-hailing airasia

Rancangan ini dilihat tepat pada masanya, bagi meningkatkan akses pengguna kepada perkhidmatan sedemikian yang melonjak sejak sebelum Covid-19 melanda negara.

Berdasarkan komitmen yang diberikan menerusi 15 produk yang terdapat di bawah super app dengan tawaran harga dan komisen lebih rendah kepada pengguna serta peniaga, AirAsia melalui e-hailing mampu menawarkan tambang lebih kompetitif yang memberi manfaat kepada pelanggan.

Menurut Ketua e-dagang bagi AirAsia super app, Lim Ben-Jie, struktur perkhidmatan e-hailing yang bakal diterokai oleh AirAsia sedang diperkemaskan sebelum dilancarkan tidak lama lagi.

e-hailing airasia

“AirAsia memiliki ekosistem lengkap yang membolehkan kami memperkenalkan pelbagai perkhidmatan tambah nilai kepada pengguna. Ya, kami akan memperkenalkan perkhidmatan e-hailing tidak lama lagi.

“Struktur perkhidmatan (e-hailing) akan diumumkan pihak pengurusan tertinggi AirAsia kelak. Apa yang pasti, perkhidmatan terbaru dalam pengangkutan darat ini akan menjadi pendorong bagi melengkapkan super app,” katanya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here