Ini koleksi kereta milik Novak Djokovic, dari Peugeot e-208 hingga Audi R8!

1338

Pemain tenis kelahiran Serbia, Novak Djokovic baru-baru ini menjuarai kejuaraan Roland Garros 2021. Djokovic menewaskan Stefanos Tsitsipas dengan keputusan 3-2.

Ini adalah Grand Slam ke-19 dan juga kali kedua Djokovic memenangi Terbuka Perancis.



Selain dikenali sebagai pemain terkemuka di dunia, Djokovic juga difahamkan merupakan seorang atlet yang gemar mengumpul kereta. Dia difahamkan memiliki kereta yang popular dalam koleksinya.

Berikut adalah enam kereta milik Novak Djokovic.

1. Peugeot e-208 

Djokovic menjadi duta Peugeot dan menerima hadiah sebuah e-208, sempena dengan kejayaannya menjuarai kejuaraaan Terbuka Australia 2020. EV ini dilengkapi dengan bateri lithium-ion 50 kWh dan mampu menghasilkan kelajuan maksimum hingga 150km/j.

2. Peugeot RCZ

Djokovic juga memiliki sebuah lagi model keluaran Peugeot iaitu RCZ. Bahagian luaran kereta ini dilengkapi dengan kemasan gentian karbon, selain dikuasakan oleh enjin 1.6-liter yang mampu menghasilkan 197hp.

Sistem suspensi kereta ini juga telah dinaik taraf, bagi meningkatkan keupayaannya ketika membelok.

3. Bentley Continental GT

kereta djokovic

Selain itu, Djokovic juga difahamkan memiliki sebuah Bentley Continental GT yang merupakan salah satu kereta termahal dalam koleksi miliknya.

Bentley Continental GT dikuasakan oleh enjin V8 4.0-liter twin-turbo yang mampu menghasilkan sehingga 542hp dan 770Nm tork. Digabungkan dengan transmisi automatik dwi-klac 8-kelajuan, kereta ini mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 3.9 saat, sebelum mencapai kelajuan maksimum pada 318km/j.

4. Mercedes-Benz S500

kereta djokovic

Mercedes-Benz S500 turut termasuk dalam koleksi Djokovic, dimana kereta ini difahamkan sering digunakannya untuk berulang alik dari lokasi kejohanan.

Sedan ini dilengkapi dengan enjin 6.0-liter twin-turbo yang mampu menghasilkan 630hp, dan digabungkan dengan transmisi automatik 9-kelajuan.

5. Aston Martin DB9 Volante

kereta djokovic

Diperkenalkan pertama kali pada tahun 2003, Aston Martin DB9 Volante ini juga berada dalam koleksi Djokovic. Kereta ini dipacu oleh enjin V12 5.9-liter AM11 dan mampu memecut pada kelajuan maksimum 300km/j.

6. Audi R8

kereta djokovic

Supercar terbaharu yang dimiliki oleh Djokovic ialah Audi R8. Jentera ini merupakan kereta terpantas dalam koleksinya, dengan kelajuan maksimum mampu mencecah sehingga 330km/j. 

Audi R8 dikuasakan oleh enjin V10 5.2-liter, yang mampu menghasilkan sehingga 562hp dan 550Nm tork.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here