Presiden Brazil, Jair Bolsonaro dikenakan denda kerana tidak memakai topeng muka ketika mengetuai konvoi motosikal di Sao Paulo, Sabtu lalu.
Menurut kenyataan dari pemerintah Sao Paulo, Bolsonaro dikenakan denda sebanyak USD110 (RM452) kerana melanggar peraturan yang mewajibkan penggunaan topeng muka sejak bulan Mei tahun lepas.
Presiden itu melambaikan tangan ke arah orang ramai dari motosikalnya dan kemudian dari atas sebuah trak. Kebanyakan individu yang menyertai konvoi tersebut dilihat memakai topi keledar namun sebahagian besarnya tidak memakai pelitup muka.
Bolsonaro ketika berucap berkata, pelitup muka tidak perlu bagi mereka yang sudah divaksin, dan kenyataan itu dipertikaikan kebanyakan pakar kesihatan awam.
Tinjauan pihak berkuasa mendapati sebanyak 12,000 motosikal terbabit dalam konvoi tersebut. Pejabat Bolsonaro belum memberikan sebarang penjelasan berhubung perkara itu.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar