Porsche 911 GT3 Touring – Kereta sports untuk yang tak suka menunjuk

1813

Porsche 911 GT3 2021 merupakan antara 911 terpantas pernah dikeluarkan dengan catatan masa di litar Nurburgring kurang 7 minit.

Namun untuk anda yang tidak mahu gaya terlalu menonjol, mungkin boleh melihat kepada 911 GT3 Touring ini. Secara umumnya, ia masih menawarkan prestasi dan kebolehan GT3, tetapi dengan gaya lebih low profile atau sleeper.



911 GT3 Touring (kiri) dan 911 GT3 biasa (kanan)

Bukanlah hendak dikatakan Porsche 911 GT3 biasa itu terlalu menonjol, cuma ia dilengkapi ruang kemasukan udara agresif dan spoiler belakang besar yang sememangnya memberikan kesan downforce.

Tetapi perbezaan pertama yang dapat dilihat pada versi Touring ini ialah ‘kehilangan’ spoiler, dimana ia menampilkan gaya keseluruhan lebih clean dan mengekalkan elegan sebuah 911.

GT3 Touring ini masih mendapat nadi 4.0-liter flat-six naturally-aspirated yang menjana 502hp dan 469Nm tork, dengan keupayaan di-rev sehingga 9,000rpm. Pilihan transmisi ialah manual 6-kelajuan dan automatik PDK.

Ketiadaan sayap belakang diganti dengan spoiler automatik yang akan dinaikkan pada kelajuan dan mod pemanduan tertentu. Selain itu, rupa depannya dilengkapi gril khas, kemasan keliling tingkap krom, ekzos berwarna perak (dengan pilihan hitam), dan terdapat lencana GT3 Touring yang agak kemas di bawah cermin belakang.

 

Tayar menggunakan profil sama dengan GT3, iaitu 20-inci di depan dan 21-inci di belakang. Tidak seperti GT3 asal yang mempunyai kemasan dalam lebih serius, varian Touring ini diberikan pilihan kemasan kulit lebih banyak untuk siling dan sekitar papan pemuka.

Porsche 911 GT3 Touring akan mula memasuki pasaran akhir tahun ini dengan harga USD161,000 di Amerika Syarikat (sekitar RM666,138).

Ini merupakan kali kedua Porsche menawarkan versi Touring untuk GT3. Kali pertama ia ditawarkan pada generasi sebelum ini iaitu 991.2.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here