Daihatsu Rocky dan Toyota Raize sebelum ini dilancarkan di Indonesia pada hujung April lepas. Kedua-dua SUV kompak itu ditawarkan dengan enjin 1.0-liter 3-silinder turbo sama seperti Perodua Ativa di Malaysia.
Namun, kini negara jiran kita turut mendapat pilihan enjin 1.2-liter naturally-aspirated, juga 3-silinder. Penawaran ini adalah lebih awal dari jangkaan dimana ia sebelum ini dikhabarkan akan dilancar pada Julai.
Enjin 1.2-liter dengan kod WA-VE baharu ini merupakan unit DOHC dan Dual VVT-i, dan menjana 88hp pada 6,000rpm dan 113Nm tork pada 4,500rpm. Untuk perbandingan, enjin 1.0-liter turbo menghasilkan tambahan 10hp dan 27Nm.
Pembeli boleh memilih padanan transmisi automatik CVT dan juga manual 5-kelajuan untuk unit 1.2-liter ini.
Toyota Raize 1.2L manual akan dijual pada harga bermula RP210 juta (RM60,476), iaitu beberapa juta Rupiah lebih rendah dari harga model dengan enjin 1.0-liter turbo. Model 1.2 ini ditawarkan untuk mereka yang mahukan sedikit penjimatan.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar