Kisah mengenai Perodua Myvi sering kali menjadi perhatian dan menarik minat warganet, terutama jika pemandunya melakukan aksi-aksi pelik seperti ‘terbang’ dan sebagainya.
Baru-baru ini, topik ini kembali menjadi bualan warganet apabila seorang penghantar makanan nyaris melanggar sebuah Perodua Myvi yang membelok untuk masuk simpang secara tiba-tiba.
Menerusi video yang tular di laman TikTok, penghantar makanan itu dilihat sempat membrek secara mengejut, bagi mengelakkan kemalangan di antara kedua-dua pihak menjadi lebih teruk.
Pemandu Myvi tersebut segera memberhentikan kenderaan setelah menyedari penghantar makanan itu sudah terjatuh, manakala seorang lelaki yang turut berada berhampiran di tempat kejadian turut bergegas bagi membantu penghantar makanan yang terjatuh itu.
Video pendek berdurasi kurang dari 30 saat ini telah menjadi bualan warganet kenapa pemandu Myvi tersebut mengambil lajak terlalu jauh untuk masuk ke simpang kiri.
Bila bawak myvi mmg auto kena rasuk ke😮💨##king##malaysia##Myvi##buathalsendiripasni
♬ Mission Impossible Theme (Movie Trailer Mix) – Dominik Hauser
Kejadian ini difahamkan berlaku di kawasan Lembah Sireh, Kota Bharu, Kelantan. Semoga penghantar makanan tersebut dan pemandu Myvi itu telah menyelesaikan perkara ini dengan baik memandangkan tiada pelanggaran teruk berlaku di antara kedua-dua belah pihak sewaktu kejadian.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar