Ejas balik. Ada banyak perkataan berulang dalam satu ayat
Pemandu sebuah Subaru BRZ di Australia disabitkan kesalahan memandu dalam keadaan mabuk. Akibat tindakan itu, dia dikenakan denda sebanyak USD7,684 (RM31.8k).
Apa yang menyedihkan, jumlah denda yang diperoleh pemandu tersebut hanya dalam waktu 11 minit sahaja.
Secara keseluruhan, terdapat 12 kesalahan yang dilakukan, dan ini bermakna pemandu tersebut melakukan lebih satu kesalahan per minit.
Pemanduan melulu ini dipantau oleh helikopter polis selama 11 minit, dimana ianya ini turut dilengkapi dengan kamera pengesan haba.
Berdasarkan gambar yang tular, kamera tersebut mengesan haba pada bahagian tayar dan juga pada dada pemandu.
Helikopter polis terus mengekori BRZ itu sehingga pegawai peronda lebuh raya berjaya menghentikannya. Menurut keterangan polis, pemandu mabuk tersebut masih dalam lingkungan remaja, berdasarkan lesen sementara NSW CP1 yang diserahkannya.
Lesen sementara NSW CP1 di Australia merupakan lesen memandu asas untuk pelajar. Jika memilikinya, seseorang remaja boleh memandu kereta mereka sendiri, namun mempunyai had waktu pada waktu malam.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar