Baru-baru ini, seorang pembida di Bring A Trailer yang dikenali sebagai Swind74 telah berjaya membida sebuah Acura Integra Type-R pada harga USD51,000 (RM211k).
Namun, malang tidak berbau apabila kereta tersebut terlibat dalam kemalangan hanya beberapa jam selepas lelongan ditamatkan.
View this post on Instagram
Perkara ini disahkan oleh Bring A Trailer, yang menyatakan kereta itu mengalami kerosakan yang teruk setelah berakhir acara lelongan. Kemalangan ini tidak melibatkan sebarang kecederaan, dan menurut syarikat itu, mereka akan mengembalikan wang milik Swind74.
Gambar kereta tersebut dimuat naik oleh laman Instagram vistecrimports, yang memaparkan Acura Integra Type-R dilihat remuk pada bahagian hadapan.
Sementara itu menurut CarFax, kereta tersebut terlibat dalam kemalangan pada bahagian sisi, yang sekaligus merosakkan komponen hadapan dan belakang.
Kenyataan tersebut seterusnya mengatakan bahawa beg udara telah terkeluar dan ianya mengalami kerosakan ringan atau sederhana.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar