Nissan difahamkan bakal menamatkan pengeluaran model yang paling berpengaruh syarikat itu iaitu Skyline, setelah 64 tahun diperkenalkan.
Menurut laporan dari Nikkei Asia, pengeluar Jepun tersebut mengambil keputusan ini disebabkan untuk memberi fokus kepada penghasilan SUV, kenderaan elektrik (EV) dan pelbagai segmen kenderaan yang lain.
Berdasarkan laporan dari penyelidikan pasaran kenderaan Jepun, MarkLines, sebelum ini hanya sebanyak 3,900 unit Skyline berjaya dijual pada tahun 2020, berbanding 150,000 unit yang berjaya dijual pada setiap tahun ketika era kejayaan model itu pada tahun 70-an.
Tambah Nikkei Asia, salah satu eksekutif Nissan berkata langkah ini merupakan perkara yang perlu dibuat untuk menjamin daya maju jangka panjang, dan menyatakan syarikat itu perlu beralih kepada penghasilan EV dan SUV.
Skyline generasi terkini merupakan salah satu sedan paling menarik di pasaran Jepun. Jentera ini diperkenalkan pada tahun 2019, dengan enjin V6 3.0-liter twin-turbo yang mampu menghasilkan sehingga 400hp dan 475Nm tork.
Dan baru sahaja akhir tahun lepas, model ini diberikan fungsi Cruise Control dengan kawalan stereng automatik iaitu sebahagian dari ciri ProPilot 2.0.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar