Shahrol Yuzy dedah jajan pada jentera lumba pasukannya

2106

Shahrol Yuzy Ahmad Zaini merupakan seorang bekas pelumba Malaysia yang pernah bersaing di MotoGP.

Selepas bersara dari perlumbaan motosikal pada akhir tahun 2002, dia berkhidmat sebagai mentor sepenuh masa Team Petronas Sprinta Racing untuk Cub Prix Malaysia dari tahun 2003 hingga 2007 sebelum berpindah ke Team Modenas Yuzy Pachi pada tahun 2008.



Baru-baru ini, Shahrol berkongsi satu video yang memaparkan jentera lumba pasukannya yang terkini iaitu Yuzy Racing. Menggunakan Honda RS150R, kebanyakan komponen pada jentera lumba ini menggunakan alat ganti jenis Racing Boy (RCB).

Menurut Shahrol, jentera ini dilengkapi dengan tuil klac, pemijak kaki, dan rim, semuanya dari RCB. Rim yang digunakan juga dipilih mengikut saiz khas untuk perlumbaan, dan dikatakan lebih ringan daripada rim yang dijual di kedai alat ganti.

Keseluruhan bahagian dalam enjin juga telah dinaik taraf dengan menggunakan komponen daripada SCK Racing dan UMA Racing, seperti kotak gear, klac, omboh, blok silinder, injap dan sebagainya.

Secara keseluruhan, jentera lumba ini mampu menghasilkan 26hp dan mencatat kelajuan maksimum 178km/j.

Shahrol Yuzy

Tambah Shahrol, modifikasi keatas jentera lumba Cup Prix perlu dibuat berdasarkan spesifikasi yang telah ditetapkan, dan akan didenda jika melanggar peraturan tersebut.

Selain itu, Honda RS150R untuk Cub Prix ini juga disertakan dengan sistem brek dari Honda CBR250RR, sistem ekzos dari Pro Liner, sebuah syarikat dari Indonesia dan sistem suspensi dari JDS Suspension.

Untuk makluman, ubah suai pada jentera lumba ini menelan kos sekitar RM50,000 hingga RM60,000 kerana menurut Shahrol, kebanyakan komponennya dibuat secara kustom.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here