Jurutera 23 tahun ini berjaya ‘convert’ Volkswagen Beetle 1948 jadi EV

1457

Kenderaan elektrik (EV) dilihat sebagai prospek utama dunia automotif di masa hadapan. Oleh itu, bukan suatu perkara yang pelik jika para pengeluar kini sedang berlumba-lumba untuk menghasilkan EV yang disertakan dengan teknologi yang canggih.

Apa yang menraik, ada sesetengah individu yang memilih untuk menukar kereta klasik menjadi EV, seperti yang dilakukan oleh seorang jurutera kelahiran Jammu, India ini.



Dikenali sebagai Mohammad Jawaad ​​Khan, lelaki ini merupakan jurutera yang memiliki Tadpole Project, sebuah syarikat yang bertujuan untuk menukar kenderaan konvensional menjadi EV.

Jawaad memulakan projek ini pada September 2020, dengan kerjasama Center of Excellence for Research on Clean Air (CERCA). Antara projek yang telah berjaya dijadikan EV ialah sebuah Volkswagen Beetle 1948 dan Austin 10 1936.

Volkswagen Beetle 1948

Secara keseluruhan, Jawaad dan pasukannya memerlukan masa hampir enam bulan untuk menjadikan Volkswagen Beetle 1948 sebuah EV. Bahagian enjin telah digantikan dengan motor elektrik 15kW, manakala kelajuan maksimumnya ialah pada 60km/j.

Menggunakan sistem pacuan roda belakang (RWD), Beetle klasik tersebut disertakan dengan bateri litium besi fosfat berkuasa 72V 220 Ah yang mampu memberikan jarak pemanduan hingga 150km.

Waktu pengecasan sehingga bateri penuh pula mengambil masa sekitar enam jam jika menggunakan pengecasan AC, sementara penggunaan pengecasan DC hanya mengambil masa selama tiga jam.

Jawaad dan pasukannya masih mengekalkan 90 peratus reka bentuk Beetle klasik ini, dimana hanya ruangan enjin sahaja yang diubah suai.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here