Toyota Gazoo Racing hasilkan semula alat ganti untuk Supra A70 dan A80

1192

Toyota Gazoo Racing kini mengumumkan akan menghasilkan semula alat ganti untuk model Supra A70 dan A80.

toyota supra a70 a80

Jualan alat ganti yang lebih banyak ini dikendalikan dibawah projek GR Heritage Parts, dan sudah tentu akan menggembirakan seluruh pengumpul kereta Jepun itu dari seluruh dunia.



Apa yang menarik, ianya akan dijual di Jepun, Amerika Utara, Eropah dan pasaran lain, melalui rangkaian pengedar Toyota.

toyota supra a70 a80

Pemilik Supra A70 dan A80 kini mampu membeli alat ganti dengan cara yang sama seperti model baharu yang lain, namun mereka perlu cepat kerana komponen dari GR Heritage Parts dihasilkan dalam jumlah yang terhad.

Bermula 1 Julai 2021, silinder induk klac, silinder pelepasan klac, hos brek, hos pemanas, dan tombol panel kawalan penghawa dingin untuk Supra A70 akan mula dijual, sementara untuk Supra A80 ialah sensor oksigen.

toyota supra a70 a80

Pada bulan Ogos akan datang pula, logo untuk Supra A70 dan bampar belakang untuk Supra A80 pula akan mula dijual. Selepas itu, Toyota Gazoo Racing akan menghasilkan semula komponen perlindungan pada bahagian sisi, logo belakang Toyota Supra, hiasan pintu depan, dan bush lower arm untuk A70 pada bulan yang sama.

Toyota bukan satu-satunya pengeluar yang menawarkan alat ganti untuk model yang telah dihentikan pengeluaran.

Nissan menawarkan komponen untuk Skyline GT-R (R32, R33, dan R34) sejak 2018, sementara Mazda melakukan perkara yang sama untuk MX-5 Miata (NA) dan RX-7 (FC dan FD).

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here