Yamaha baru-baru ini mengumumkan kerjasama dengan salah satu syarikat penerbangan. Dengan ini, sebuah pesawat kecil akan dihasilkan, yang akan menggunakan teknologi enjin dari Yamaha.
Perkara ini diumumkan oleh Yamaha melalui laman rasmi mereka, dimana kerjasama ini melibatkan ShinMaywa, sebuah syarikat industri penerbangan di Jepun.
Kerjasama ini secara rasmi terjalin pada Selasa lalu, namun masih belum dipastikan berapa lama kontrak jangka panjang antara kedua belah pihak.
“Yamaha Motor Company dan ShinMaywa telah menjalin kerjasama untuk penyelidikan pesawat kecil generasi baharu,” kata Yamaha melalui laman rasmi mereka.
Melalui kerjasama ini, Yamaha akan berusaha menghasilkan sebuah pesawat kecil yang menggunakan enjin dari mereka, sementara ShinMaywa akan menghasilkan reka bentuk dan teknologi pada pesawat tersebut.
Kedua-dua syarikat ini akan terus berusaha melakukan kajian dan penghasilan pesawat, dimana dalam perancangan, mereka terlebih dahulu akan menghasilkan prototaip.
Mereka juga difahamkan akan mempertimbangkan untuk menghasilkan pesawat komersial di masa depan, sesuai dengan minat masyarakat dan pasaran semasa.
Rancangan menghasilkan pesawat ini bukan kali pertama yang dibuat oleh Yamaha. Pada bulan Januari 1982, pengeluar Jepun itu telah melakukan naik taraf pada enjin mereka untuk penerbangan, bermula dari kipas hingga helikopter tanpa pemandu.
Namun projek tersebut masih belum berjaya sehingga kini.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar