BMW 320i 2021 dikemaskini dengan unit Live Cockpit Professional baharu

1595

BMW Malaysia memperkenalkan BMW 320i Sport yang dikemaskini dengan sistem BMW Live Cockpit Professional baharu.

Untuk harga, BMW 320i baharu ini dijual pada RM230,764 iaitu tambahan RM4,000 dari sebelum ini. Harga tersebut adalah selepas pengecualian cukai SST dan termasuk jaminan dua tahun tanpa had perbatuan. Harga asal termasuk SST ialah RM243,889.



Jadi, apa yang anda dapat untuk tambahan harga tadi? 320i ini akan dilengkapi dengan BMW Live Cockpit Professional iaitu ciri premium yang merangkumi paparan tengah 10.25-inci untuk infotainmen serta kluster instrumen digital sepenuhnya bersaiz 12.3-inci.

Live Cockpit Professional ini menggunakan perisian BMW Operating System 7 terbaharu, menampilkan paparan menu lebih baik, kemaskini over-the-air, dan Intelligent Personal Assistant yang boleh diaktifkan dengan menyeru “Hey BMW”.

Kelengkapan lain tidak berubah, iaitu pakej luaran Sport Line dengan kemasan berbentuk-T pada bampar depan dan belakang, lampu depan LED, serta lampu kabus LED. Begitu juga dengan bingkai tingkap tepi hitam berkilat, dan rim aloi 18-inci dwi-tona V-spoke Style 780.

Di bahagian dalam, BMW 320i ini mendapat balutan kulit Vernasca dan kemasan aluminium disulami krom mutiara. Ciri lain termasuklah keyless entry, butang penghidup, pendingin hawa tiga-zon, temapt duduk depan dengan pelarasan kuasa dan tetapan memori, bantuan parkir, kamera undur, enam pembesar suara dan bukaan but hands-free.

Turut tidak berubah ialah drivetrain, dimana 320i masih dipacu enjin 2.0-liter 4-silinder turbo, menghasilkan 184hp dan 300Nm tork. Unit B48 ini digandingkan dengan transmisi automatik 8-kelajuan.

Dari segi prestasi, BMW 320i Sport mampu memecut dari pegun ke 100km/j dalam 7.1 saat, dan mencapai kelajuan maksima 235km/j. Penggunaan bahan api pula sekitar 6.3 liter/100km.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here