Perodua ingin mengingatkan para pelanggan baharunya dan yang sedia ada mengenai penipuan yang melibatkan penasihat jualan palsu yang meminta pelanggannya untuk membuat pembayaran ke dalam akaun bank peribadi.
“Baru-baru ini, kami telah mengenalpasti dan menemui sekurang-kurangnya dua individu yang telah menyamar sebagai penasihat jualan Perodua dan meminta pelanggan untuk membuat bayaran tempahan atau wang pendahuluan ke dalam akaun bank peribadi,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.
Beliau menambah bahawa Perodua sedang bekerjasama dengan pihak polis mengenai isu tersebut.
“Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan semua pelanggan kami yang dihargai untuk hanya membuat sebarang pembayaran ke dalam akaun syarikat rasmi atau di kaunter cawangan-cawangan kami sahaja,” kata Dato’ Zainal.
Untuk melindungi para pelanggan baharu dan yang sedia ada, Perodua memberikan panduan semasa pembelian kenderaan Perodua baharu seperti di bawah:
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar