Pelancong Jerman sesat di sawah padi kerana terlalu harapkan Google Maps

1716

Sesetengah individu kadangkala terlalu berharap dan bergantung kepada Google Maps untuk menunjukkan arah atau jalan yang ingin dituju.

Mana tidaknya, terdapat banyak kes seperti tersesat di jalan mati, hutan, dan sebagainya kerana melalui jalan yang salah.



Kes-kes seperti ini kerap kali berlaku bukan hanya di Malaysia, malah juga di negara-negara luar.

Baru-baru ini, kes sebegini berulang sekali lagi, dimana beberapa pelancong Jerman di India yang memandu Hyundai Grand i10 tersesat di kawasan sawah padi yang penuh dengan lumpur.

Difahamkan, para pelancong itu sebenarnya dalam perjalanan dari Menar ke Udaipur, dan sepatutnya melalui lebuh raya Navania.

Semasa dalam perjalanan, Google Maps memaparkan laluan alternatif yang dapat menjimatkan masa perjalanan menuju ke destinasi, dan mereka memilih untuk melalui jalan yang disyorkan.

google maps

Pada mulanya, perjalanan itu baik-baik sahaja sehingga mereka akhirnya terpaksa melalui jalan licin dan berlumpur di tengah kawasan sawah padi. Tayar kereta yang dipandu kemudian tidak dapat mencengkam permukaan jalan, dan akhirnya kereta itu rosak.

Jalan tersebut sebenarnya merupakan laluan khas untuk petani di kawasan itu, dan ianya tidak digunakan sekiranya cuaca hujan.

Pelancong Jerman itu kemudian meminta bantuan orang ramai, dan Hyundai Grand i10 yang dipandunya terpaksa ditarik menggunakan traktor. Mereka terkandas di kawasan itu pada pukul satu petang, dan hanya berjaya dibantu sepenuhnya pada pukul enam petang.

Penumpang kereta tersebut bahkan terpaksa berjalan sejauh 2km untuk mendapatkan bantuan traktor.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here