‘Terlajak perahu boleh diundur, terlajak tekan, buruk padahnya’. Itulah yang boleh digambarkan dengan kisah yang akan kami ceritakan pada kali ini, dimana seorang lelaki dari Wales Utara dilaporkan terpaksa menjual kereta keluarganya, iaitu sebuah Toyota Aygo selepas menerima bil telefon berjumlah £1,300 (RM7,480).
Lelaki tersebut iaitu Muhammad Mutaza, 41, mendedahkan dia terkejut apabila menerima bil Apple iTunes berjumlah RM7,480 selepas anaknya, Ashaz membeli barangan di dalam permainan video Dragons: Rise of Berk.
Pada mulanya, Mutaza menganggap dirinya telah menjadi mangsa penipuan kerana menerima bil yang banyak dengan jumlah yang tinggi.
Jelas Mutaza, anaknya menghafal kata laluan akaun iTunes miliknya dan berjaya membuat 29 pembelian menerusi aplikasi tersebut.
Lebih parah, e-mel yang digunakan untuk akaun iTunes Mutaza adalah yang jarang digunakan. Jadi, dia hanya menyedari resit yang diterima selepas anaknya membuat banyak pembelian.
Mutaza kini difahamkan tidak membenarkan anaknya bermain permainan video yang memerlukan pembelian selepas kejadian ini. Wang yang diperoleh hasil jualan Toyota Aygo itu juga sepenuhnya digunakan untuk membayar bil tersebut.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar