Rimac beli Bugatti, bergabung untuk hasilkan hypercar masa depan

2232

Bulan lepas, ada laporan mengatakan salah satu dari pembuat hypercar ikonik akan bergabung dengan satu pengeluar elektrik baharu, kini ia sudah rasmi. Sudah sah!

Porsche, Rimac dan Bugatti telah membentuk satu pakatan hypercar dengan nama Bugatti-Rimac. Pakatan ini akan kekal menggunakan ibupejabat Rimac di Zagreb, Croatia dan bakal mengambil lebih ramai pekerja menjelang hujung tahun ini.



Dengan keputusan ini, firma kejuruteraan Croatia itu kini memegang 55 peratus saham dalam Bugatti-Rimac, manakala Porsche memegang baki 45 peratus. Dalam pada itu, pengeluar Jerman itu masih memegang 24 peratus saham Rimac secara terus.

Apa produk pertama mereka? Bugatti-Rimac akan menghasilkan dua kenderaan baharu, iaitu Chiron dengan enjin W16 yang masih dengan nama Bugatti, dan satu kenderaan elektrik Nevera dengan nama Rimac.

Chiron akan tetap diproduksi di fasiliti Bugatti di Molsheim, Perancis. Di masa depan, lebih banyak kereta hasil kolaborasi akan dikeluarkan, kesemuanya sama ada hibrid atau elektrik sepenuhnya.

Walaupun pakatan ini banyak berkisar dengan Bugatti dan Rimac, Porsche juga akan memainkan peranan strategic penting.

CEO Porsche, Oliver Blume dan Naib Pengerusi, Lutz Meschke kedua-duanya akan menjadi ahli dalam lembaga penyeliaan. Sementara itu, Mate Rimac yang berusia 33 tahun akan memegang jawatan CEO Bugatti-Rimac.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here