Pelanggan terkejut rider GrabFood hantar pesanan naik McLaren 720S!

2899

Jumlah penggunaan perkhidmatan penghantaran makanan semakin meningkat saban hari sejak pandemik Covid-19 melanda Malaysia.

Berdasarkan data dari Statista, sebanyak 58 peratus daripada 10,118 responden kerap menggunakan aplikasi penghantaran makanan pada bulan Jun tahun lalu.



Baru-baru ini menerusi video tular, seorang pengguna perkhidmatan GrabFood mendapat kejutan yang tidak disangka-sangka apabila makanan yang dipesan sampai di depan rumahnya dihantar dengan sebuah McLaren 720S.

McLaren 720S

Pada permulaan video tersebut, seorang penghantar makanan GrabFood telah menghantar pesanan ke satu lokasi. Kemudian, pelanggan itu menawarkan untuk menghantar pesanan seterusnya dengan menaiki McLaren 720S.

“Naik kereta ini? Saya pun takut,” ujar penghantar makanan GrabFood yang berasa terkesima dan pada masa yang sama turut berasa gembira kerana pertama kali dapat menaiki supercar itu.

Video tersebut telah menarik perhatian orang ramai dan memuji tindakan lelaki tersebut yang menggembirakan hati kedua-dua pihak (penghantar makanan GrabFood dan pelanggannya) pada satu waktu yang sama.

McLaren 720S

Untuk makluman, McLaren 720S dikuasakan oleh enjin V8 4.0-liter twin-turbo yang mampu menghasilkan sehingga 710hp dan 770Nm tork serta dipadankan dengan transmisi automatik 7-kelajuan dwi klac.

Supercar ini mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 2.8 saat, sebelum mencapai kelajuan maksimumnya iaitu 341km/j.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here