Aprilia memperkenalkan motosikal 250cc baharu yang dikenali sebagai GPR250R pada acara Pameran Auto Xi’an.
Sportbike yang berharga Yuan 22,980 (RM14,799) itu bakal dengan model sedia ada di pasaran antaranya Suzuki GSX250R, Chunfeng 250SR, Benelli 302R dan QJ Motor Chase 350.
Berikut fakta ringkas tentang Aprilia GPR250R (2022):
- Menggunakan enjin 250cc penyejukan udara yang menghasilkan kuasa 27.6hp @ 9,000rpm dan tork maksimum 21.5Nm @ 7,500rpm.
- Penghantaran kuasa ke roda belakang disalurkan oleh kotak gear 6-kelajuan bersama gabungan klac slipper dan sistem pancitan bahan api (EFI) dari Bosch.
- Keselesaan tunggangan diserahkan kepada fork terbalik (USD) 41mm di depan dan monoshock (belakang).
- Operasi memperlahankan atau menghentikan jentera menggunakan sistem brek cakera tunggal bersaiz 300mm (depan) dan 218mm (belakang) bersama teknologi Sistem Brek Anti Kunci (ABS) sebagai standard.
- Bahagian kaki dipasang dengan rim bersaiz 17-inci bersama tayar 100/80 (depan) dan 130/70 (belakang).
- GPR250R memiliki fascia depan baharu menerusi tiga buah lampu utama LED manakala di bawahnya dipasang dengan winglet. Rekaan keseluruhan mengambil inspirasi dari imej abang RSV4 agar tampil lebih moden dan sporty.
- Pelbagai maklumat jentera dipaparkan menerusi kluster instrumen TFT digital penuh antaranya meter kelajuan, baki minyak, jam dan lain-lain.
BACA>>Aprilia RS 660 kini di pasaran negara kita
BACA>>Ini 8 tips yang perlu diambil kira sebelum beli motosikal terpakai
GALERI
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar