Pemandu Toyota Prius disaman pasang piring Starlink pada bonet depan untuk dapatkan internet

3118

California Highway Patrol baru-baru ini menahan seorang pemandu Toyota Prius yang memasang piring satelit pada bonet depan keretanya. 

Setelah ditahan, polis mendapati piring tersebut merupakan satelit Starlink iaitu perkhidmatan internet Elon Musk yang disambung ke kabin menggunakan wayar.



“Saya menahan anda kerana halangan visual pada bonet kereta, adakah itu tidak menghalang pandangan awak ketika memandu?,” soal polis tersebut.

toyota prius

Pemandu Prius itu menyatakan dia bertindak sedemikian kerana memerlukan sambungan internet setiap masa kerana menjalankan perniagaan dari dalam kereta walaupun dia menyedari perkara itu tidak cukup selamat.

Bagaimanapun, pemandu Prius itu dikenakan saman kerana menghalang pandangan ketika memandu. Perkhidmatan Starlink dari Elon Musk kini dalam fasa beta dengan lebih daripada 70,000 pengguna di 12 negara.

Pengguna perlu membayar yuran langganan sebulan sebanyak USD 99 (RM411) dan membeli antena Starlink bersama penghala (router) WiFi dengan harga USD499 (RM 2,073).

BACA>>Koleksi baharu die-cast Matchbox mesra alam, guna bahan kitar semula

BACA>>Pelawak dengan pakaian Superman dilanggar ketika cuba tahan bas guna tangan

 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here