Pemilik Mahu Jual Bengkel Motor Ditemui Mati Tergantung

2964

Seorang lelaki ditemui tergantung dalam sebuah bengkel motosikal di Jalan Persekutuan Ipoh-Butterworth berhampiran Masjid Tinggi, Perak malam tadi. 

Mangsa, Tan Hock Meng, 60 ditemui isterinya dalam bengkel miliknya setelah tidak pulang ke rumah yang terletak di Taman Sinar. Dia mendapati pintu depan bengkel terbuka dan dengan jelas melihat mangsa dalam keadaan tergantung. 



Difahamkan mangsa bercadang menjual bengkel miliknya pada minggu lalu kepada seorang pembeli. Menurut sumber, mangsa meminta masa untuk mengemas barang-barang di dalam bengkel tersebut.

Jelas sumber lagi kedai motosikal yang diusahakan mangsa tidak beroperasi sejak tiga bulan lalu dan dia dikatakan bercadang untuk menjual kedainya pada harga RM10,000. 

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Mazuki Mat

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Mazuki Mat berkata siasatan awal mendapati mangsa dipercayai menggantung diri menggunakan tali nilon yang dililit pada besi pencakuk kipas siling pada alang kayu bengkel.

“Mangsa dipercayai menggunakan sebuah kerusi bulat untuk memanjat ketika melilit tali pada besi pencakuk kipas,” katanya.

Untuk makluman, Perak merupakan salah satu negeri yang sudah beralih ke fasa kedua di bawah Pelan Pemulihan Negara yang mana lebih banyak sektor ekonomi boleh beroperasi antaranya bengkel di bawah sektor pembuatan (automotif). 

Sekiranya anda menghadapi masalah tekanan jiwa, kemurungan mahupun masalah sila hubungi MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392. 

BACA>>Hanya bersekolah hingga Tingkatan 1, kini miliki bengkel tersohor

BACA>>Parkir dan tidak tutup tingkap, kereta lelaki ini jadi sarang 15,000 ekor lebah

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here