Peminat rakam Jose Mourinho tunggang Vespa SmallFrame pusing kompleks latihan AS Roma

2713

Imej Jose Mourinho menunggang Vespa SmallFrame keliling kompleks latihan kelab bola sepak AS Roma bikin heboh dalam kalangan warganet baru-baru ini.

Momen tersebut dirakam peminat kelab tersebut lalu diabadikan dalam laman media sosial secara meluas. Imej itu diambil pada hari pertama jurulatih dengan julukan ‘The Special One’ tersebut bertugas.



Dia tampil ringkas dengan seluar pendek dan t-shirt berwarna hitam. Vespa SmallFrame berwarna putih itu menggunakan nombor plat JM yang merupakan singkatan kepada Jose Mourinho. 

Kemungkinan Vespa tersebut sebahagian daripada kemudahan yang disediakan oleh AS Roma. Itu bukanlah pertama kali Maourinho dilihat menunggang jentera klasik berkenaan.

Sebelumnya dia pernah menungga Vespa, namun hanya berupa lukisan. Setelah Jose Mourinho setuju melatih AS Roma, seorang seniman jalanan melakar lukisan pelatih asal Portugal itu menunggang Vespa dengan selendang warna kebesaran AS Roma di lehernya. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Jose Mourinho (@josemourinho)

Untuk makluman, siri Vespa SmallFrame dikeluarkan pada tahun 1963 hingga 1990. Sebanyak empat juta unit terjual sepanjang tempoh berkenaan. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan model yang ditunggang oleh Mourinho.

Di pasaran terdapat pelbagai pilihan enjin ditawarkan seperti 50cc, 80cc, 100cc, dan 125cc. Secara keseluruhan reka bentuk setiap varian adalah sama dan dibezakan dengan perincian yang kecil. 

BACA>>Piaggio kalah saman berhubungkait hak paten dengan Zhejiang Zhongnen

BACA>>Toyota GR Yaris ‘terpakai’ dijual pada harga RM320k

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here