
Isteri mana yang tidak sayang dan tegar melihat suami mencari rezeki menggunakan motor yang sentiasa rosak.
Justeru itu, bagi meringankan beban suami Mariati Abdullah menghadiahkan sebuah motosikal Yamaha 135LC berwarna Cyan Metallic sebagai kejutan hari lahir.
Mariati yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan berkata motor itu dibeli secara tunai menggunakan sebahagian daripada wang tabungan membeli rumah baharu. Dia bertindak sedemikian kerana motor suaminya sering mengalami kerosakan.
Motosikal yang digunakan untuk ke tempat kerja itu pernah kemalangan selama dua tahun berturut-turut.
“Kejadian yang pertama suami cedera hingga dimasukkan ke hospital bagi menjalani ujian MRI (Imbasan Pengimejan Resonans Magnetik) akibat kepala terhantuk pada divider, mujur suami pakai topi keledar masa tu.
“Insiden kedua suami hanya mengalami luka ringan, namun keadaan motosikal agak teruk selepas berlanggar dengan motosikal lain. Sejak itu, motosikalnya sering rosak dan perlu dihantar ke bengkel dan saya tertanya berapa banyak duit dia habis untuk baiki,” katanya.
“Alhamdulillah, urusan saya dipermudahkan. Jurujual dah standby dengan lori angkut motosikal. Bila suami keluar buat COD dengan anak-anak, motosikal terus diletak di ruang tamu,” tambahnya.
Sejak perkongsian video berkenaan di TikTok, sehingga artikel ini ditulis sudah mencapai 958k tontonan, 68.3k likes, dan pelbagai komen dari warganet.
BACA>>Yamaha Y16ZR (2021) vs Y15ZR (2020) – Perbandingan dua motosikal Y-Series
VIDEO
@mariati1388 last part dah. thanks semua🥰 #birthdaygift #surprise #fyp #foryourpage
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar