Tidak semua individu mampu membeli kereta mewah kerana harganya yang sangat mahal. Jadi bagi memenuhi keinginan ada sesetengah pihak menghasilkan replika yang hampir menyerupai kereta mewah impian.
Baru-baru ini, pakar kustom yang dikenali sebagai Dream Customs India tular di media sosial kerana menyediakan perkhidmatan menghasilkan replika Lamborghini Aventador SVJ menggunakan Honda Civic sebagai model asas.
Replika berkenaan memerlukan tempoh 25 hari untuk disiapkan dengan pengubahsuaian ciri enjin tengah dan kit badan aerodinamik penuh dalam usaha mendapatkan penampilan mirip Aventador SVJ.
Secara keseluruhan, luaran replika tersebut agak menarik namun kombinasi tayar dan rim sedikit janggal jadi Dream Customs India menggunakan spacer. Melengkapkan imej supercar mereka meletakkan ruang kemasukan udara pada bahagian depan dan paip ekzos palsu pada kedudukan yang tinggi.
Namapun replika tentunya anda mencapai kesempurnaan kereta sebenar. Boleh dilihat bahagian spoiler belakang yang sedikit pendek tidak seperti Aventador SVJ, manakala lampu LED tambahan juga tidaklah begitu terperinci mahupun sempurna.
Sementara, masuk ke kabin tersedia paparan skrin sentuh, stereng dengan logo Lamborghini dan rekaan semula papan pemuka acah Aventador SVJ.
Janakuasa tidaklah setanding segmen supercar yang mana masih mengekalkan enjin 1.8-liter aspirasi natural dengan kuasa 138hp dan tork 174Nm yang digabungkan dengan kotak gear CVT.
Replika Aventador SVJ ini bukanlah yang pertama dihasilkan oleh Dream Customs India. Sebelum ini, pakar kustom berkenaan pernah menghasilkan replika Aventador SVJ menggunakan Honda Accord dan Honda Civic yang lain.
BACA>>Lubuk supercar di London, perkampungan Knightsbridge of the North kini jadi tumpuan ramai!
BACA>>Honda Civic Hatchback 2022 dengan pilihan manual 6-kelajuan, enjin 2.0 dan 1.5 turbo
GALERI
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar