Pol Espargaro pegang rekod pelumba MotoGP 2021 paling banyak kemalangan

2090

Perlumbaan kejohanan dunia memberi fokus kepada gelaran juara, namun dalam sesi perlumbaan pelbagai aksi kita dapat lihat antaranya insiden terbabas.

Terjatuh atau terlibat dalam kemalangan merupakan satu perkara biasa dalam perlumbaan MotoGP.



Pelumba sering terjatuh kerana tayar jentera mereka kehilangan cengkaman atau bertembung dengan pelumba lain.

Pada MotoGP (2019), Johann Zarco menjadi pemegang rekod terbanyak terbabas atau terlibat kemalangan iaitu 17 kali, diikuti Jack Miller (15 kali) dan Marc Marquez/Francesco Bagnaia (14 kali). Jadi MotoGP (2021) siapa pula pemegang carta atas.

Jawapannya- Pol Espargaro dengan rekod 13 kali kemalangan diikuti dengan Aleix Espargaro,  Alex Marquez dan Iker Lecuona  dengan masing-masing sebanyak 10 kali kemalangan.

Marc Marquez mencatatkan rekod kemalangan paling rendah tahun ini jika dibandingkan dua tahun lalu iaitu 14 kali (2019) dan 23 kali (2018). 

Yamaha pula merupakan pasukan paling sedikit terlibat dalam kemalangan iaitu Valentino Rossi (5 kali), Maverick Vinales (4 kali), serta Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli (2 kali).

Bahkan kekanda Rossi mengalami kemalangan trek lebih sedikit berbanding 2019 (8 kali). Benar kata pepatah, old is gold!

kemalangan motogp

Perlumbaan MotoGP (2021) berlangsung sebanyak sembilan siri. Dari semua siri kelas premier yang diadakan sebanyak 135 kemalangan berlaku dalam kalangan pelumba.

Sementara, Honda muncul sebagai pasukan paling banyak terlibat dengan kemalangan, iaitu sebanyak 39 kali.

Berikut senarai pelumba paling banyak terlibat kemalangan dalam sembilan siri MotoGP 2021:

1. Pol Espargaro (Honda): 13
2. Aleix Espargaro (Aprilia): 10
3. Alex Marquez (Honda): 10
4. Iker Lecuona (KTM): 10
5. Marc Marquez (Honda): 9
6. Alex Rins (Suzuki): 8
7. Johann Zarco (Ducati): 7
8. Enea Bastianini, (Ducati): 7
9. Takaaki Nakagami (Honda): 6
10. Lorenzo Savadori (Aprilia): 6
11. Jack Miller (Ducati): 5
12. Danilo Petrucci (KTM): 5
13. Valentino Rossi (Yamaha): 5
14. Jorge Martin (Ducati): 5
15. Joan Mir (Suzuki): 4
16. Maverick Viñales (Yamaha): 4
17. Miguel Oliveira (KTM): 4
18. Luca Marini (Ducati): 4
19. Brad Binder (KTM): 3
20. Fabio Quartararo (Yamaha): 2
21. Francesco Bagnaia (Ducati): 2
22. Franco Morbidelli (Yamaha): 2
23. Tito Rabat (Ducati): 2
24. Stefan Bradl (Honda): 1
25. Garrett Gerloff (Yamaha): 1
26. Michele Pirro (Ducati): 0

BACA>>Valentino Rossi intai peluang sertai perlumbaan GT3 setelah bersara dari MotoGP

BACA>>Damok berpeluang beraksi di MotoGP Razlan

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here