[Video] “Lori apa paling sedap?” – Pakcik lori punya reviu buat netizen terhibur

19320

Jarang sekali kita melihat reviu atau pertanyaan berkaitan kenderaan berat seperti lori mahupun trak.

Selalunya persoalan yang sering diajukan tentang kereta apa paling bagus atau sedap dipandu. Namun, video berdurasi 3:04 minit perkongsian Facebook PDG Crew ini menarik perhatian warga maya menerusi penyampaian santai menggunakan dialek pantai timur.



Dalam video itu seorang lelaki yang membahasakan diri sebagai pak cik lori memulakan perbualan dengan pertanyaan “lori gapo paling sedap bawo.”

“Jange kecek hal ore lain, kalu tanya ore lain pelawok pok cik ni kecek,  pok cik royak hok pok cik.”

Pak cik lori yang menggunakan nama profil Facebook Saidi Saidi itu menjelaskan lori paling ‘sedap’ dibawa ialah Scania. Berdasarkan pengalamannya sepanjang menjadi pemandu lori  klac lori tersebut lebih ringan dari klac Perodua Kancil.

Bahkan dia memuji tahap kesenyapan kabin (NVH) yang sunyi sepi. Jelasnya, “dale sunyi sepi tak denga gapo satu, kalo bini telepon…aloo be ado mano be, abe kijola ni dok dale lori, mace dok dale hotelja.”

Bahkan jelasnya dia juga tidak begitu bimbang jika berlaku perlanggaran. Ini kerana bahagian kepala yang tinggi selain sistem suspensi juga sangat memuaskan.

Selain itu, pak cik lori juga berkongsi kenderaan berat yang kurang ‘sedap’ dipandu antaranya jenama Mercedes ‘Kepala Kasut’. Jelasnya kerana keadaan kabin yang panas dia hanya bertahan selama empat bulan membawa lori berkenaan. 

Mercedes Kepala Kasut

Bagaimanapun, jelasnya ketika memandu lori kepala kasut itu gaji yang diterima agak lumayan iaitu RM8,000. Selain itu, pak cik lori juga berkata Hino antara lori yang kurang ‘sedap’ kerana sistem suspensi yang kurang memuaskan.

Di akhir video, pak cik lori memohon maaf sekiranya ada pengguna lain yang tidak bersependapat dan video berkenaan hanyalah perkongsian pengalamannya. 

Dia juga sempat meninggalkan komen yang berbunyi: “apa apa yang pokcik tersalah cakap tu maafkan pokcik ye awok awok semua.pokcik tau set set dalam ni lebih otai lagi.as salam semua.”

Mungkin bagi orang awam trak mahupun lori adalah sama. Namun jika anda berpeluang melihat bahagian kabin trak sebenarnya lebih canggih dan selesa serta didatangkan dengan teknologi terkini.

Bahkan proses pembelian lori juga berbeza dengan kenderaan biasa yang mana pengeluar menawarkan beberapa pilihan konfigurasi. Misalnya pelanggan Scania boleh memilih model trak yang diinginkan seperti P, L atau G series.

Pelanggan juga boleh membina trak menerusi konfigurasi disediakan dari jenis cabin, sesaran dan ouput enjin, ketinggian casis serta konfigurasi gandar. Analoginya seperti anda memilih material untuk membeli kereta supercar.

VIDEO

BACA>>Ini senarai kereta yang pernah dimiliki Diego Maradona sejak awal karier bola sepak hingga tahun 2020

BACA>>11 kelakuan pelik pemandu yang dirakam oleh kamera, siap ada gigit kasut!

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here