McLaren 720S GT3X paling pantas di Goodwood Festival of Speed

1185

Goodwood Festival of Speed telah berlangsung baru-baru ini, dan semasa Timed Shootout pada hari terakhir, beberapa catatan masa yang sangat mengagumkan telah berjaya direkodkan.

Kedudukan 10 teratas dalam catatan masa terpantas Timed Shootout ialah jentera lumba dalam kejuaraan British Touring Car Championship, iaitu sebuah Toyota Corolla dengan catatan masa 53.89 saat.



Selain itu, jentera yang tampil dalam Timed Shootout ini ialah supercar Holden Commodore V8 dari Australia, yang berjaya mencatatkan masa 53.13 saat.

Goodwood Festival of Speed

Beberapa jentera lain yang berjaya menduduki kedudukan 10 teratas ialah Sauber-Mercedes C9 Le Mans, Ford Escort Cosworth, Praga R1, Nissan Skyline R32 GT-R yang diubah suai dari HKS, Porsche 911 GT3 Cup baru, dan Spice-Cosworth SE88.

Antara jentera yang bersaing sengit untuk catatan masa terpantas ialah Subaru WRX STI Gymkhana yang dipandu oleh Travis Pastrana dan McLaren 720S GT3X. Jentera yang dipandu Pastrana sememangnya pantas, dimana ianya berjaya mencatatkan masa 46.20 saat.

Namun, catatan masa itu belum cukup laju untuk menjadi yang terpantas dalam acara ini.

Jentera paling laju semasa Timed Shootout dalam acara Goodwood Festival of Speed ialah sebuah McLaren 720S GT3X yang dipandu oleh Rob Bell, dengan catatan masa 45.01 saat.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here