Salah satu daripada tiga unit Lamborghini Miura SVJ yang pernah dihasilkan kini disenaraikan untuk dijual menerusi wakil jualan Switzerland, Kidston. Soal harga..tentunya model ‘rare’ ini tidak murah.
Perjalanan kisah Miura SVJ bermula pada 1970 apabila pemandu uji Lamborghini, Bob Wallace mahukan lebih daripada Miura SV versi kilang dan mengubahnya menjadi senjata trek.
Namun, Ferruccio Lamborghini tidak begitu berminat dengan sukan pemotoran, jadi ketika itu dia ingin membatalkan projek berkenaan.
Hanya satu unit prototaip dikeluarkan yang menggunakan komponen baharu seperti lampu depan, sistem ekzos, enjin V12 (350hp), dan ruangan dalam yang menarik.
Versi prototaip berkenaan dijual kepada seorang jutawan dan berita itu sampai ke telinga peminat Lamborghini lalu mereka mahukan versi Miura SV yang sama.
Difahamkan ada beberapa unit restorasi SV dihasilkan namun hanya tiga unit perubahan SVJ saja dikeluarkan dari kilang. Salah satunya menggunakan casis 5090 dan nombor pengeluaran 756.
Miura SVJ yang bakal dijual ini dikenali sebagai ‘The Corsican’ yang merujuk kepada pemilik asalnya Paul Ferrandi dari Corsice, Perancis.
Sebelum kondisinya seperti sekarang, Miura SVJ berkenaan sudah bertukar tangan beberapa pemilik dan pernah disembur cat badan kelabu perak oleh Carrosserie Chapron di Paris.
Tetapi warna badan supercar itu dikembalikan kepada warna Rosso Granada asal. Kidston SA bertanggungjawab dalam urusan pembelian Miura SVJ pada 2010 dan mengawasi proses restorasi itu.
Proses restorasi selama tiga tahun itu dilakukan oleh mantan jurutera Lamborghini, Luca Salvioli bagi bahagian mekanikal manakala Pietro Cremonini bertanggungjawab dalam urusan semburan cat dan badan.
Kerja ubah suai jentera dengan perbatuan 19,582km itu selesai sepenuhnya pada 2012. Buat masa ini wakil jualan masih belum mengumumkan tanda harga model rare itu.
Tentunya angka jualan tidak murah mengambil kira jualan Lamborghini Miura SVJ versi kilang sebelum ini iaitu $ 1.9 juta (RM8 juta) pada 2015.
BACA>>45 supercar di Hong Kong lumba haram, habis semua kena tahan polis!
BACA>>[Video] “Lori apa paling sedap?” Pakcik lori punya reviu buat netizen terhibur
GALERI
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar