Honda CBF190TR Special Edition lancar di China, Harga RM11k

2055

Honda CBF190TR pertama kali dilancarkan pada 2019 di China. Seiring dengan kitaran produk, kemudian pengeluar tersebut memperkenalkan versi kemas kini menerusi naik taraf kuasa dan tork.

Terkini, Honda melancarkan versi ‘Special Edition’ CBF190TR (2021) buat pasaran China. Masih lagi mempertahankan penampilan sebelumnya, motosikal retro itu menerima warna baharu kelabu bersama kemasan hitam dan merah.



Fascia depan tampil lebih segar dengan tambahan visor baharu di atas lampu utama bulat serta kluster lampu nyala siang (DRL) LED.

Komponen baharu lain termasuklah gad radiator sisi lebih besar. Selain itu, pelana tunggal dibaluti dengan material kulit coklat manakala panel sisi disisipkan nombor ‘93’ yang digunakan oleh pelumba Honda MotoGP, Marc Marquez.

Bahagian kluster meter LCD masih lagi sama dengan versi standard. Janakuasa kekal tidak berubah menggunakan enjin 184.4cc silinder tunggal penyejukan udara dengan kuasa 16.6hp @ 8,000rpm dan tork 16.3Nm pada 7,000rpm.

Penghantaran kuasa ke roda belakang menggunakan kotak gear 5-kelajuan. Keselesaan tunggangan diserahkan kepada fork terbalik (USD) di depan dan monoshock di belakang.

Operasi memperlahankan atau menghentikan motor dipertanggungjawabkan kepada brek cakera tunggal pada kedua-dua roda dan dilengkapkan dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) saluran tunggal di depan.

Honda CBF190TR Special Edition (2021) dijual pada harga Yuan 17,580 (RM11,400).

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here