Berang apabila pemandu teksi lain memotong barisan, seorang pemandu airport limo mengamuk lalu merempuh tiga kenderaan berhampiran.
Video yang tular sejak semalam itu menunjukkan pemandu teksi berusia dalam lingkungan 60-an merempuh tiga kenderaan lain. Selepas selesai melepaskan amarahnya, lelaki itu turun dari teksinya lalu terbaring berhampiran lokasi kejadian.
Kejadian yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) itu bagaimanapun tidak melibatkan kemalangan jiwa atau kecederaan.
Video berdurasi 40 saat itu menunjukkan orang ramai dan pemandu teksi limo lain hanya mampu melihat kejadian berkenaan.
Driver teksi mengamuk di KKIA. Dengarnya stress kerana mereka hilang pendapatan dan kenderaan dilanggar adalah e-hailing. 😱 #Sabah #Malaysia pic.twitter.com/lsEJONhssG
— Azhar @ AJ Yahya 🇲🇾 (@rahzamdy) July 19, 2021
Pengguna media sosial membuat andaian bahawa kejadian itu berlaku ekoran kesempitan hidup akibat pandemik Covid-19.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan George Abd Rakman mengesahkan kejadian berkenaan dan menyatakan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian untuk tindakan lanjut.
VIDEO
Video lain lebih jelas bukan e-hailing tapi sesama teksi…. Potong que pic.twitter.com/s6KJg3z7rG
— Azhar @ AJ Yahya 🇲🇾 (@rahzamdy) July 19, 2021
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar