Kapsul membawa manusia paling kaya dunia, Jeff Bezos dan penumpang lain yang dilancarkan menggunakan roket New Shepard selamat mendarat di gurun barat Texas.
Blue Shepard merupakan kenderaan angkasa lepas milik syarikat diasaskan Bezos, Blue Origin.
Selepas terapung seketika di angkasa lepas, kapsul itu kembali ke Bumi dan menggunakan payung terjun untuk mendarat di sebuah kawasan lapang di barat Texas.
View this post on Instagram
Bezos, 57, disertai saudara lelakinya, Mark, perintis aviasi wanita, Wally Funk dan Oliver Daemen yang merupakan remaja Belanda berumur 18 tahun.
Bapa Daemen membayar untuk tempat duduk di dalam kapsul tersebut menerusi satu lelongan. Semua penumpang berada dalam keadaan selamat.
Roket Blue Shepard juga mendarat dengan selamat. Selepas membawa kapsul itu ke angkasa lepas, roket itu menggunakan penggalak untuk kembali ke Bumi dan melakukan pendaratan.
New Shepard dilancarkan sekitar 11 minit lebih awal dari Tapak Pelancaran Blue Origin yang terletak di kawasan gurun di Pergunungan Guadalupe, barat Texas.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar