Pengeluar kenderaan elektrik China, XPeng memperkenalkan kereta terbang berkuasa elektrik X2.
Pengenalan tersebut disiarkan melalui video di laman web microblogging China, Weibo, oleh Ketua Pegawai Eksekutif XPeng, He Xiaopeng.
“Ini menandakan kita semakin hampir kepada penggunaan kereta terbang yang lebih luas dan selamat,” kata Xiaopeng dalam video tersebut.
Menerusi video berdurasi 1.5 minit itu, dapat dilihat kereta terbang tersebut dikendalikan menggunakan alat kawalan jauh tanpa penumpang. Xpeng X2 memiliki berat 360kg dan dengan kapasiti muatan hingga 560km.
Kereta terbang itu juga mempunyai had penerbangan selama 35 minit, dan memiliki kelajuan maksimum 130km/j.
Selain disertakan dengan reka bentuk yang unik, X2 hadir dengan sistem semi autopilot, yang mana ia mampu memantau struktur tanah dan menggunakan beberapa sensor untuk mendarat.
Selain itu, X2 juga memiliki sistem komunikasi dua hala waktu sebenar yang merangkumi jarak lebih dari 100km.
Ini bukan kali pertama pengeluar dari China tersebut membangunkan dan memperkenalkan kereta terbang. X2 merupakan kereta terbang generasi keempat, menggantikan model terdahulu, Voyager X1.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar