Ferrari 360 Modena versi limousin untuk dijual, harga RM833k!

2013

Ferrari 360 Modena merupakan supercar dua penumpang. Namun siapa sangka ada versi limousin untuk dijual di platform eBay.

Ferrari 360 Modena itu sebenarnya diubah menjadi lebih panjang yang boleh menempatkan sehingga lapan penumpang. Kemudian pemilik menambah dua lagi pintu pada bahagian belakang.   



Harga jualan USD197,000 (RM833,802) sebenarnya agak tinggi mengambil kira harga pasaran semasa supercar berkenaan sekitar USD70,000-USD80,000 (RM296,275-RM338,600).

Model keluaran 2001 itu masih lagi mengekalkan warna signatur Ferrari iaitu Red Rosso Corsa bersama padanan rim sport 19-inci dan lampu depan smoke.

Selain itu, ianya dikuasakan oleh enjin petrol 3.6-liter aspirasi natural yang mampu menghasilkan kuasa 395hp dan tork 373Nm serta digabungkan dengan transmisi semi automatik 6-kelajuan.

Ferrari 360 Modena

Untuk ciri keselamatan dan keselesaan, Ferrari 360 Modena tersebut dilengkapi dengan penyaman udara automatik, kawalan kruise, sensor parkir, dan tempat duduk dengan pelarasan elektrik.

Ini bukan kali pertama Ferrari 360 diubah suai menjadi limousin. Pada 2008, sebuah Ferrari 360 limousin berwarna hitam dijual pada harga USD250,000 (RM1.05 juta).

Ferrari 360 Modena

Selain itu, tahun lalu Ferrari 360 Modenna dengan lapan tempat duduk juga pernah dijual di Australia pada harga USD285,000 (RM1.2 juta).

 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here