Utama Berita Automotif Pocket Rocketman Malaysia dedah basikal RM13 juta bertarung di Olimpik Tokyo

Pocket Rocketman Malaysia dedah basikal RM13 juta bertarung di Olimpik Tokyo

3938
Atlet berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang menerusi akaun Instagramnya mendedahkan basikal bernilai RM13 juta yang akan digunakan di Olimpik Tokyo (2020).
 
Model WX-R Vorteg berwarna hitam dan perak itu dibangunkan khas buat Azizulhasni dan Muhammad Firdaus Sahrom untuk berlumba di Velodrom Izu, nanti. 
 
 

“Sebenarnya rangka yang digunakan dalam latihan (versi lama) dan yang akan dibawa ke Olimpik sama. Cuma versi terakhir mungkin berbeza daripada segi warna dan kualiti lebih mantap.

“Ia tidak lagi dilengkapi power meter kerana dalam perlumbaan sebenar kita tidak perlu mengukur kelajuan dan memperoleh data seperti latihan, hanya fokus untuk menang,” katanya.



Pemenang pingat gangsa acara keirin di Rio 2016 itu juga berkata walaupun kelancaran basikal lebih baik sedikit berbanding versi lama namun memberi impak besar dalam perlumbaan sebenar. 

Basikal itu dihasilkan melalui pelaburan besar Institut Sukan Negara (ISN) dengan kerjasama syarikat United Kingdom, TOTALSIM Ltd sejak empat tahun lalu yang menekankan teknologi aerodinamik dan berat fizikal basikal bagi menyesuaikan dengan karakter pelumba. 

Setiap pelumba akan dibekalkan tiga buah basikal yang mana harga sebuah basikal dianggarkan bernilai RM300,000 termasuk kos penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Perlumbaan berbasikal trek di Tokyo 2020 bermula dari 2 hingga 8 Ogos di Velodrom Izu. Azizulhasni, 33 bakal berjuang dalam acara keirin dan pecut itu menjadi sandaran Malaysia untuk meraih pingat emas di Tokyo. 

 
 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Azizul | Awang (@azizulhasniawang)

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here