Peminat kecewa GP Thailand batal kali kedua

1037

Peminat Kejohanan MotoGP di Thailand kecewa buat kali kedua untuk melihat lebih dekat pelumba kesayangan mereka beraksi. 

MotoGP Thailand yang dijadualkan diadakan di Litar Antarabangsa Chang di Buriram pada Oktober depan itu terpaksa dibatalkan berikutan sekatan yang dikuatkuasakan di Thailand.



MotoGP dalam satu kenyataan berkata, pihaknya akan mengemaskini maklumat sekiranya akan ada acara lain diadakan untuk menggantikan pusingan di Thailand.

“FIM, IRTA dan Dorna Sports dukacita mmengumumkan pembatalan Thailand Grand Prix, pada 15-17 Oktober dan kami sedang mempertimbangkan pusingan ganti yang mana kemas kini terbaru akan dimaklumkan kemudian,” katanya. 

MotoGP Thailand adalah perlumbaan Asia ketiga yang dibatalkan kerana pandemik Covid- 19. Australia dan Jepun juga mengambil langkah yang sama susulan varian baharu yang lebih ganas dan merebak lebih pantas. 

 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here