Bungkus 36 nasi ganja guna helikopter dari KL, kos sehala lagi mahal daripada harga makanan

3311

Orang ramai dikejutkan dengan kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di Padang Ipoh, Perak pagi tadi yang dipercayai milik syarikat swasta.

Helikopter yang dinaiki dua lelaki itu dikatakan mengambil tempahan nasi kandar dari sebuah restoran popular di bandar raya Ipoh yang dikenali sebagai nasi ganja.



Jurucakap restoran nasi ganja yang enggan dikenali mengesahkan menerima tempahan 36 bungkus nasi berlauk ayam, daging, telur masin dari pelanggan di Kuala Lumpur.

Menurutnya, pada awalnya dia meragui sama ada tempahan itu benar atau gurauan kerana dimaklumkan pesanan akan diambil menggunakan helikopter.

“Saya agak ragu-ragu juga kerana tidak pernah ada pelanggan yang mengambil tempahan menaiki helikopter.

“Rupa-rupanya memang betul mereka datang naik helikopter dan ini merupakan kali pertama. Saya sifatkan tempahan yang diambil dengan cara paling mewah pernah saya terima tetapi harga jualan tetap sama RM10 sebungkus,” katanya.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalatrash Wahid setelah membuat semakan dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Ipoh didapati helikopter tersebut hanya mendapat kebenaran untuk mendarat di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS), Ipoh.

“Helikopter tersebut didapati mendarat di Padang Ipoh pada pukul 9.55 hingga 10.15 pagi ini dan  tidak mendapat kebenaran mendarat di Padang Ipoh,” katanya.

 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar
 
 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here