Jalan Passage du Gois ini hanya ‘timbul’ dua kali sehari, salah waktu kereta tenggelam

3514

Jalan raya tidak akan hilang begitu saja dan boleh dilalui setiap masa untuk menghubungkan pengguna ke destinasi.

Passage du Gois

Namun, satu jalan di Perancis ini agak unik kerana hanya boleh digunakan dalam tempoh satu hingga dua jam setiap hari sebelum hilang. 



Jalan tersebut ialah Passage du Gois yang mana setiap hari akan tenggelam kerana fenomena air pasang laut.

Passage du Gois

Jalan itu terletak di Teluk Bourgneuf yang menghubungkan Beauvoir-sur-Mer dan Pulau Noirmoutier, Vendée di pantai Atlantik Perancis sepanjang 4.2km.

Sebelum ini, Passage du Gois Gois terbentuk secara semula jadi sejak tahun 1700-an. Ketika itu, mendapan lumpur terbentuk selama ratusan tahun, dan lama kelamaan teluk Bourgneuf terbentuk antara Beauvoir-sur-Mer dan Pulau Noirmoutier.

Akhirnya, mendapan lumpur menjadi padat dan membentuk jalan yang penghubung hingga sekarang.

Kini, Passage du Gois  menjadi destinasi pelancongan dan digunakan ramai orang. Namun, laluan itu hanya boleh dilalui dua kali sehari manakala selebihnya akan tenggelam.

Passage du Gois

Kerajaan Perancis juga meletakkan peringatan dan papan tanda di kedua hujung jalan untuk memberi informasi sama ada jalan itu boleh digunakan atau sebaliknya.

Keunikan Passage du Gois bahkan menjadi tempat penganjuran beberapa pertandingan, seperti lumba lari, hingga acara berbasikal paling berprestij, Tour de France.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

1 KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here