Selepas tiga tahun, unit terakhir Bugatti Divo selamat sampai ke tangan pelanggan ke-40

2379

Bugatti melengkapkan penghantaran Divo apabila pemilik ke-40 sudah menerima model berkenaan sejak model edisi terhad itu diperkenalkan tiga tahun lepas.

Bugatti Divo

Bugatti memperkenalkan Divo pada Ogos 2018 di Concours d’Elegance Pebble Beach. Hyperrcar itu merupakan projek pembangunan coachbuilding pertama dalam sejarah moden Bugatti yang kemudian diteruskan dengan model La Voiture Noire dan Centodieci.



Coachbuilding Bugatti begitu sinonim kepada keunikan dan pembinaan kereta khas mengikut selera pelanggan. 

Bernilai €5 juta (RM24.8 juta), Divo dipacu enjin W16 8.0-liter 4 turbo yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 1,479hp @ 6,700rpm dan tork 1,600Nm @ 2,000-6,000rpm.

Di atas kertas hypercar itu mampu memecut dari 0-100km/j dalam tempoh 2.4 saat.  Bugatti menambah baik aspek aliran udara Divo selain memiliki berat badan lebih ringan 90kg berbanding model Chiron.

Bugatti Divo

Terdapat juga lampu nyala siang (DRL) dan lampu belakang kompleks yang memberikan kesan khas, selain bukaan cahaya hanya 35mm.

Menurut Pengarah Jualan dan Operasi Bugatti, Hendrik Malinowski, kesemua 40 unit Divo terjual dalam masa beberapa minggu diikuti dengan sesi pertemuan pelanggan pada musim bunga 2018 sebelum ia didedahkan secara rasmi kepada umum. 

Bugatti Divo

Diikuti dengan tempoh pembangunan selama dua tahun, penghantaran Divo bermula  Ogos 2020. Setahun kemudian, semua 40 unit Bugatti Divo berjaya diserahkan kepada pelanggan. 

 
GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here