Kemalangan melibatkan penghantar makanan sering berlaku disebabkan ada antara mereka yang tidak mematuhi peraturan jalan raya, seperti melanggar lampu isyarat.
Walaupun ingin menghantar makanan dalam kadar segera seharusnya mereka lebih mengutamakan keselamatan diri.
Menerusi satu video yang tular menunjukkan seorang penghantar makanan ‘mengamuk’ di tengah jalan selepas dihon seorang pemandu kereta.
Lelaki berkenaan membunyikan hon kerana rider Grabfood itu melanggar lampu merah secara melulu di hadapan Hotel Impiana KLCC.
“ABG GRABFOODKU SAMSENG”
Pada pukul sekitar 430pm di hadapan traffic light impiana hotel klcc, saya menunggu lampu merah dan sebelah kiri saya ada bas rapid kl.
Rider motor ini telah datAng di tengah celah kereta saya dan bas , dan melanggar lampu merah. pic.twitter.com/2NWEUA662z
— Jabatan Netizen Malaysia (@jnmalaysia) July 25, 2021
Difahamkan pengantar makanan itu melakukan ‘provoksi’, namun tidak diendahkan oleh si perakam yang meneruskan perjalanan ke Balai Polis Jalan Tun Razak untuk membuat laporan.
Jelas pemandu berkenaan, rider tersebut cuba menendang kereta miliknya dan membuka hendal pintu ketika sedang bergerak. Kemudian, ketika lampu merah berhadapan Avenue K dia juga cuba membuka pintu kereta untuk ajak bergaduh.
Setibanya di balai polis, perakam diugut membuang rakaman video tersebut tetapi ugutan tersebut tidak dipedulikan dan dia terus membuat laporan polis.
Beberapa hari lps, berhenti di traffic light (tl) & abg grabfood berhenti2 tgh2 jln, menghalang kereta sy. Tp xpelah sbb tl masih merah. Bila bertukar warna hijau, dlm 2/3 saat dia x bergerak, sy bunyikan hon, dia toleh ke arah kereta sy sambil angkat tgn & mulut kumat kamit mrh. https://t.co/bkHmdaOez9
— Fatimah Rohaiza (@Fatimah_Rohaiza) July 25, 2021
Video terbabit meraih perhatian dan mengundang kecaman dari netizen yang marah dengan tindakan lelaki berkenaan yang cuba menjadi samseng jalanan selepas melanggar undang-undang jalan raya.
Ada yang menyatakan mereka sudah banyak kali berdepan dengan situasi bahaya sedemikian yang boleh menyebabkan kemalangan pengguna jalan raya yang lain.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar