Ferrari memperkenalkan 296 GTB versi maya dalam permainan video battle royale yang terkenal, Fortnite.
Pengumuman tersebut disiarkan menerusi satu video teaser yang dimuat naik menerusi laman Twitter rasmi Fortnite.
Sebagai sebahagian daripada Epic Quests mingguan, pemain dapat ‘memandu’ 296 GTB dalam beberapa acara yang berbeza, seperti ujian waktu dan ujian kelajuan maksimum.
Terdapat juga aksesori khas untuk karakter pemain yang dikenali sebagai ‘Road Ready Ferrari Bundle’.
Get ready to feel the thrill of the ride 🏎️
Buckle up and get ready to experience @Ferrari's new 296 GTB on the Island.
Learn all about this new vehicle and new Ferrari-inspired cosmetics coming to the Shop in our latest blog!
🔗: https://t.co/bzb9KaeUOo pic.twitter.com/LDpex4XU3L
— Fortnite (@FortniteGame) July 22, 2021
Pakej ini merangkumi pakaian Modena Icon dan Maranello Racer serta Ferrari Turbo Back Bling.
Ferrari 296 GTB dikuasakan oleh enjin V6 2.9-liter twin-turbo yang digabungkan dengan motor elektrik. Secara keseluruhan, supercar itu mampu menghasilkan kuasa sehingga 819hp dan tork 740Nm bersama kotak gear 8-kelajuan.
You've experienced the @Ferrari 296 GTB on the Island, now it's time to add the style to your collection.
Embrace your racing soul and grab the Ferrari Set in the Shop now! pic.twitter.com/tYYGY3VH8U
— Fortnite (@FortniteGame) July 22, 2021
Pecutan dari 0-100km/j mengambil masa 2.9 saat, sementara kelajuan maksimum pula mencapai 338km/j.
Ferrari 296 GTB dan Road Ready Ferrari Bundle akan ditawarkan untuk pemain Fortnite pada 22 Julai.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar