Honda NSX-R untuk dilelong, harga mula RM1.7 juta!

2619

Nama Type-R sudah tidak asing lagi dalam dunia automotif yang mana varian ini cukup popular dengan model Honda Civic dan Integra.

Namun pada awal 1990-an Honda memperkenalkan varian Type-R bagi jentera legenda enjin tengah mereka iaitu NSX.



Harga pasaran terkini untuk kebanyakan model JDM sememangnya luar biasa, jadi pakar kereta Jepun yang berpangkalan di United Kingdom, Torque GT sentiasa kereta Jepun untuk lelongan.

Baru-baru ini mereka menyenaraikan NSX-R generasi kedua untuk dilelong pada harga bermula dari USD408,000 (RM1.7 juta).

Harga tersebut sekitar tiga kali ganda dari NSX standard, dan kemungkinan boleh mencecah sehingga USD500,000 (RM1.9 juta).

Generasi NA2 Rs ini berdasarkan NSX facelift (2002), dan jumlahnya lebih sedikit daripada NSX-R original. Honda menghasilkan hampir 500 unit NA1 NSX-Rs dan 140 unit NA2.

NSX-R memiliki berat sekitar 100kg lebih ringan daripada NSX biasa, oleh kerana penggunaan gentian karbon pada beberapa bahagian badan dan membuang beberapa ciri termasuk stereng berkuasa elektrik.

Jentera ini dikuasakan enjin V6 3.2 liter yang mampu menghasilkan kuasa 286hp, digabungkan transmisi manual enam kelajuan dan memiliki perbatuan 50,920km.

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here