Geng superbike termasuk Kawasaki H2 redah jalan berlumpur, hilang akalke?

1797

Sebenarnya apabila ingin memilih motosikal perlulah tahu kegunaan jentera tersebut selain mengetahui produk sesuai dengan gaya tunggangan anda.

Sekiranya anda seorang yang gemar menunggang jauh, santai mahupun sesekali melakukan aktiviti lasak atau off road, superbike bukan pilihan sesuai.



Jentera seperti sport tourer, advencer mahupun scrambler antara model yang boleh diintai. Jika tidak, mungkin anda juga melakukan hal serupa seperti video yang dikongsi oleh @ride_xperience.

Video yang dikongsi menerusi laman Instagram itu menunjukkan geng superbike mencari habitat baharu. Ini yang terjadi apabila kaki leper sudah bosan dengan jalan bertar.

Dalam video itu menunjukkan penunggang Yamaha R6 dan Kawasaki H2 meredah laluan berlumpur dan berair dengan kelajuan perlahan. 

Penunggang H2 tersebut juga menggelengkan kepala mungkin tidak menyangka mereka akan melakukan ‘kerja gila’ pada hari berkenaan. Sesekali mereka juga memulas terotel. 

Jika mendengar suara dalam video itu, diduga insiden tersebut sepertinya berlaku di negara Thailand.

Bagaimanapun tidak diketahui mengapa mereka meredah laluan berkenaan sama ada tersesat ataupun sengaja mencuba perkara baharu. 

 
 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ride Xperience 🔵 (@ride_xperience)

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here