U-turn di tempat salah, pemilik Flying Myvi kata ada skil pandu GP

5506

Sebut saja nama Myvi, hanya dua gelaran diberikan pada model hatchback tempatan itu iaitu ‘King of highway‘ atau supercar Malaysia. 

Kereta Myvi
Gambar Hiasan

Baru-baru ini tular sebuah video Myvi membuat pusingan U secara melulu dan bukan di tempat sepatutnya sekitar Kota Kinabalu, Sabah. 

Tindakan pemandu Myvi yang membuat pusingan U di tengah jalan itu menyebabkan seorang penunggang motosikal tidak sempat mengelak lalu menghentam bahagian pintu penumpang belakang sehingga menyebabkan cermin pecah. 



Bagaimanapun, status yang dimuatnaik pemilik Myvi berkenaan menarik perhatian netizen bahkan setelah membaca beberapa kali kami masih tidak faham luahan panjang pemandu itu. 

Dia seolah-olah memberitahu bahawa tidak bersalah dalam hal tersebut. Dia yang menggelar keretanya sebagai Flying Myvi, berkata memiliki skil pemanduan tepat Grand Prix.

“Saya haus dan lapar and no one offered me water and food, yang saya dapat is compound RM300 yang harus dibayar,” katanya.

Bagaimanapun, penjelasan yang diberikan pemilik Flying Myvi itu mengundang kemarahan netizen kerana bersikap mementingkan diri. 

Rata-rata netizen menyatakan tidak perlu berlakon menjadi mangsa kerana dia yang bersalah kerana membuat pusingan U di tempat bukan sepatutnya bahkan ayatnya yang tidak teratur menambah kekusutan netizen. 

 

 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here